33.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS umum pelantikan 11 pemimpin sertai AJK pusat

    Shopee Sale

    Beberapa pemimpin kanan PAS yang gagal mendapat tempat dalam kalangan 18 penerima undi tertinggi bagi jawatankuasa pusat parti itu dilantik menyertai badan berkenaan petang ini.

    Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam kenyataan sejurus selepas berakhir muktamar parti berkata, 11 orang dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut.

    Antara nama yang menarik perhatian ialah bekas Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa. Mendahului senarai yang dikeluarkan petang ini ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

    Selain Annuar dan Mohd Shukri, sembilan lagi pemimpin yang dilantik ialah:

    * Wan Rohimi Wan Daud
    * Dr Rosni Adam
    * Mohd Misbahul Munir Masduki
    * Dr Najihatussalehah Ahmad
    * Bakri Jamaluddin
    * Mohd Yusni Mat Piah
    * Dr Ahmad Yunus Hairi
    * Dr Mohd Mazri Yahya
    * Razman Zakaria

    Sementara itu PAS turut menamakan pesuruhjaya bagi setiap negeri untuk mengetuai parti itu di peringkat negeri. Ia menyaksikan Ketua Pembangkang DUN Perak, Razman Zakaria, digantikan dengan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

    MENARIK:  Bersama tidak bertanding di PRN Negeri Sembilan, fokus Melaka

    Senarai pesuruhjaya PAS bagi negeri ialah:

    Perlis: Ahmad Ali
    Kedah: Ahmad Yahaya
    Kelantan: Ahmad Yakob
    Terengganu: Husain Awang
    Pulau Pinang: Muhammad Fauzi Yusoff
    Perak: Idris Ahmad
    Pahang: Rosli Abdul Jabar
    Selangor: Ab Halim Tamuri
    Wilayah Persekutuan: Azhar Yahya
    N Sembilan: Mohd Fairuz Mohd Isa
    Melaka: Zulkifli Ismail
    Johor: Mahfodz Mohamed
    Sabah: Aliakbar Gulasan
    Sarawak: Mohammad Arifiriazul Paijo

    Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, pula kekal sebagai setiausaha agung, manakala Iskandar Abdul Samad dipilih sebagai bendahari sekali lagi.

    Turut dikekalkan ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari (ketua penerangan) dan Muhammad Sanusi Md Nor (ketua pengarah pilihan raya).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah