26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Parti Orang Asli persoal cara k’jaan tangani pindaan akta

    Shopee Sale

    Parti Orang Asli mengkritik apa yang dilihatnya sebagai perwakilan yang tidak mencukupi bagi komuniti Orang Asli dalam perbincangan meminda Akta Orang Asli yang kini sudah berusia 70 tahun.

    Presidennya, Rashid Ka’, berkata cuma lapan anggota masyarakat Orang Asli yang terlibat daripada 70 orang yang dijemput ke sesi perbincangan dan libat urus berkaitannya.

    “Selebihnya bukan Orang Asli,” kata Rashid kepada Malaysiakini.

    Isnin lalu Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat mengenai pindaan akta tersebut.

    Dalam satu kenyataan, menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu berkata pindaan yang dirancang bertujuan menambah baik akta itu, yang tidak mengalami sebarang perubahan substantif sejak ia pertama kali digubal lebih 70 tahun lalu.

    Katanya lebih 1,000 sesi libat urus diadakan setakat ini dengan kehadiran tok batin yang tidak didedahkan serta wakil kerajaan persekutuan dan negeri, NGO, dan ahli akademik.

    Mengulas lanjut, Rashid melahirkan kebimbangan mengenai isu ketelusan berhubung pindaan yang dirancang, selain tiada yang tahu lagi bahagian mana dalam akta tersebut sedang diubah.

    MENARIK:  Rebat air PBAPP kurangkan komitmen pengguna di Pulau Pinang

    Dia juga mempersoalkan motif kerajaan meminda akta berkenaan dan bertanya sama ada akta berkaitan yang turut memberi kesan kepada Orang Asli juga akan dipinda.

    Rashid juga menggesa kerajaan untuk memperluaskan penyelidikannya kepada Orang Asli di negara lain termasuk Taiwan, Kanada, dan Australia.

    "Di negara-negara ini, (Orang Asli di sana) mempunyai kementerian mereka sendiri dan orang asli adalah menteri," katanya.

    Dia turut melahirkan kebimbangan jika pindaan itu akan menghakis lagi hak tanah Orang Asli ketika kini ada kerajaan negeri – seperti Kelantan - yang didakwa mengabaikan keputusan mahkamah berhubung perkara itu.

    “Terdapat beberapa kes mahkamah yang dimenangi Orang Asli, tetapi kerajaan negeri tidak benar-benar mengiktirafnya.

    "Mereka memberi pelbagai alasan, mengatakan (seperti) ia tiada dalam enakmen negeri Kelantan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah