30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Paparan langsung kamera hospital tak disengajakan – KKM

    Shopee Sale

    Kementerian Kesihatan hari ini mendakwa paparan langsung daripada sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) di Hospital Sungai Buloh pada skrin monitor berlaku secara tidak sengaja semasa sesi latihan.

    Ini sebagai tindak balas kepada artikel Malaysiakini minggu lalu yang memetik pemberi maklumat membangkitkan kebimbangan mengenai penggunaan beberapa kamera di unit trauma hospital, yang mereka dakwa melanggar privasi pesakit.

    Nik Azmi Nik Ahmad Fathil, yang merupakan setiausaha akhbar kepada Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, memberitahu pemberita bahawa kamera itu dipasang untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerja manual.

    “CCTV dipasang di situ untuk kurangkan kebergantungan kepada kakitangan manual, jadi kita boleh pantau secara berpusat.

    "Ketika trial run, terkeluar kat skrin yang besar. Itu insiden yang berlaku. Tapi semasa benda tu berlaku, tidak ada pesakit di suite tersebut," kata Nik Azmi.

    Dia bercakap kepada pemberita selepas sidang media oleh Dzulkefly di Putrajaya.

    Menteri itu berkata isu berkenaan dianggap selesai tetapi mengarahkan media mendapatkan butiran lanjut daripada setiausaha akhbarnya.

    Bagaimanapun, maklumat yang diberitahu Nik Azmi kepada media bertentangan dengan maklumat dan bukti yang sebelum ini diberikan oleh pemberi maklumat.

    Menurut mereka, kamera tersebut telah dipasang di sana selama lebih setahun dan paparan langsung pada beberapa skrin monitor hampir sepanjang masa.

    Ini adalah salah satu perkara yang menjadi kebimbangan mereka kerana beberapa kamera diarahkan ke kawasan di mana kakitangan perubatan melakukan prosedur menyelamatkan nyawa dalam unit trauma dan dalam keadaan sedemikian, pakaian pesakit ditanggalkan.

    MENARIK:  TMJ titah persenjataan, teknologi terkini ATM amat penting

    Mereka juga mendakwa bahawa imej itu dipaparkan menggunakan suapan langsung yang tidak selamat, termasuk pada monitor yang boleh dilihat oleh kakitangan yang tidak berkaitan dan juga pesakit lain.

    Apabila Malaysiakini menyorot perkara ini kepada Nik Azmi, dia menjawab dengan mengatakan bahawa dia perlu menyemak semula perkara itu.

    "Yang pasti, bolehkah anda menghantar maklumat ini kepada saya?

    "Ini supaya saya boleh menyemak semula," kata setiausaha akhbar itu.

    Pada 30 Julai, Malaysiakini menyiarkan laporan eksklusif yang memetik pemberi maklumat mengenai sistem pengawasan tidak selamat di dalam unit trauma Jabatan Kecemasan hospital itu.

    Prihatin terhadap privasi pesakit, mereka menyatakan bahawa kebanyakan pesakit yang dirawat di unit itu tidak mengetahui kamera tersebut kerana mereka yang dibawa masuk berada dalam keadaan kritikal.

    Susulan itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah