34 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kelindan lori mengaku bersalah sebabkan kematian anak angkat

    Shopee Sale

    Seorang kelindan lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan dan menyebabkan kematian anak angkatnya yang berusia empat tahun, pada 11 April lepas.

    Muhammad Firdaus Zamri, 31, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

    Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Muhammad Adamdanial Abdul Khafidh, 4, pada 6 petang, 11 April lepas di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Banggol Katong, di sini.

    Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Firdaus didakwa mendatangkan cedera ke atas kanak-kanak tersebut menggunakan sebatang rotan pada waktu, hari dan lokasi yang sama.

    MENARIK:  20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan jenayah, lalu lintas KL - Zahid

    Bagi kedua-dua kesalahan itu, Muhammad Firdaus didakwa di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda serta di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad manakala Muhammad Firdaus yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 29 April ini sebagai tarikh hukuman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah