26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Padah masuk laluan bertentangan: Dua maut nahas ngeri di Jasin

    Shopee Sale

    Dua individu maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan di Jalan Serkam-Bemban, di Jasin, petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 6.50 petang.

    Nahas itu melibatkan kereta jenis Perodua Bezza dan Proton Wira yang bertembung di laluan tersebut.

    "Seorang lelaki berusia 33 tahun yang memandu Perodua Bezza disahkan maut di tempat kejadian.

    "Manakala seorang wanita berusia 74 tahun yang merupakan penumpang Proton Wira disahkan meninggal dunia di Hospital Jasin pada jam 9.30 malam," katanya.

    Masuk laluan bertentangan

    Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Bezza yang datang dari arah Bemban ke Serkam telah masuk ke laluan bertentangan.

    MENARIK:  Anak Peter Anthony akan tanding kerusi lamanya atas tiket KDM

    Tindakan itu menyebabkan pemandu Proton Wira yang berada di laluannya tidak sempat mengelak lalu berlaku pertembungan.

    Kemalangan tersebut turut menyebabkan pemandu Proton Wira, seorang lelaki berusia 44 tahun, mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan badan.

    Seorang lagi penumpang kereta sama, iaitu adik kepada pemandu berusia 40 tahun, dilaporkan cedera pada bahagian dada.

    Menurut Lee, proses bezah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang maut dijadualkan berlangsung hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.

    Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah