33.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAC panggil Tengku Zafrul, Guan Eng lengkapkan prosiding 1MDB

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua bekas Menteri Kewangan dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang masing-masing berkhidmat pada 2018 hingga 2023, bagi melengkapkan prosiding berhubung komitmen pemulangan aset 1MDB dan jaminan pembiayaan hutang 1MDB. 

    Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata pemimpin terbabit ialah Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (2021-2022) yang kini Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Lim Guan Eng (2018-2020) dan Asri Hamidon yang berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan (2020-2023).

    Turut dipanggil adalah firma guaman Rosli Dahalan Saravanan (RDS) Partnership untuk memberikan penjelasan berhubung usaha mendapatkan aset 1MDB semasa firma itu berada dalam Jawatankuasa Khas 1MDB.

    “Prosiding dijangka diadakan pada minggu ketiga bulan ini,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

    Mas Ermieyati Samsudin

    Mas Ermieyati berkata dalam prosiding pertama selama dua jam pada 4 Nov lepas, PAC mendengar keterangan dan penjelasan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Johan Mahmood Merican dan Ketua Pasukan Petugas 1MDB Johari Abdul Ghani mengenai usaha kerajaan mendapatkan aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB berjumlah RM9.456 bilion.

    MENARIK:  Impak kenaikan harga kenderaan di tahap paling minimum - Sim

    Bagi prosiding Pengurusan Akaun Belum Terima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 5 Nov lepas, dia berkata PAC mendengar keterangan dan penjelasan daripada Johan serta CEO LHDN Abu Tariq Jamaluddin dan prosiding itu juga bersambung pada minggu ketiga bulan ini.

    Sementara itu, PAC juga membentangkan Laporan Tindakan Susulan Menteri Kewangan (Diperbadankan), Kementerian Kewangan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Bagi Syor-Syor Laporan PAC Parlimen Berhubung Felcra Berhad hari ini.

    “Orang ramai boleh membaca tindakan yang diambil oleh Kementerian Kewangan dan Felcra atas syor-syor laporan PAC berhubung Felcra yang telah dibentangkan pada 26 Jun lepas.

    “Esok pula PAC akan membentangkan laporan berhubung Majlis Profesor Negara di Bawah Jabatan Perdana Menteri setebal 278 muka surat. Prosiding ini telah diadakan pada 1 Ogos lepas,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah