Tidak pernah lokek berkongsi ilmu, pengacara, Fiza Sabjahan memuji kebaikan rakan seperjuangannya, Fedtri Yahya yang disifatkan ikhlas dalam mengajar dan membantu orang lain mendalami ilmu pengacaraan majlis perkahwinan.
Artikel Berkaitan: ‘Sihir Pemisah Antara Sihir Terawal Wujud Dalam Tamadun Manusia’ – Fedtri Yahya
Artikel Berkaitan: Fiza Sabjahan Jadikan Ziarah Kematian Ruang Bermuhasabah – ‘Bila Dengar Talkin Rasa Sebak Betul’
View on Threads
Mengimbau kembali pengalaman pertama kali mengacarakan majlis perkahwinan, pemilik nama Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan berkata Fedtri tidak pernah berkira untuk berkongsi ilmu.
Malah kata Fiza, Fedtri turut memberikan skrip yang sudah disunting dengan baik sebagai panduan buat dirinya.
Mungkin awak tak ingat tapi saya ingat lagi. Pertama kali nak buat emcee wedding, saya minta contoh skrip dekat awak sebab nak belajar, awak bagi saya sample skrip siap suruh pakai yang awak dah buat elok.
Minta pantun, dapat buku pantun.
Terharu dengan keikhlasan Fedtri membantu dirinya, Fiza percaya setiap rezeki yang diterimanya turut terselit rezeki buat rakan seperjuangannya itu.
Jadinya setiap kali ada rezeki emcee wedding dulu, sata rasa ada bahagian dan rezeki awak dekat situ.
Semoga terus mengalir pahalanya, tak pernah berkira dengan kawan-kawan.
Sebelum ini, seorang individu memuji sikap Fedtri yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mengacarakan majlis perkahwinan.
Sumber: Threads
The post Fiza Sabjahan Puji Sikap Fedtri Yahya Tak Lokek Kongsi Ilmu – ‘Semoga Terus Mengalir Pahalanya’ first appeared on OHBULAN!.





