25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Op Pedo: Budak 12 tahun, pelajar menengah antara ditahan

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan rangkaian sindiket yang terlibat dalam aktiviti membuat bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (child sexual abuse material - CSAM) melalui operasi khas yang dijalankan bersama beberapa agensi penguat kuasa.

    Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata melalui Op Pedo Bersepadu 2.0 itu, 31 suspek ditangkap – termasuk melibatkan budak berusia 12 tahun – selain lebih 880,000 fail digital dirampas.

    Katanya, operasi khas itu dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 23 Sept dan mendedahkan betapa tahap aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber memang membimbangkan.

    Menurut Mohd Khalid operasi selama seminggu itu – antara 22 Sept hingga 30 Sept – menyasarkan 37 l;okasi di seluruh negara, selain melibatkan 206 pegawai serta anggota dari 14 kontinjen PDRM dan SKMM.

    “Daripada 37 sasaran, 31 suspek berjaya ditahan, termasuk 25 sasaran utama dan enam tangkapan susulan.

    “Semua mereka lelaki berumur antara 12 dan 71 tahun yang datang dari pelbagai latar belakang seperti guru, jurutera, pereka grafik, tukang masak, pelajar, dan penganggur,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

    Mohd Khalid menambah seorang daripada keseluruhan suspek terbabit, enam orang adalah berusia antara 12 hingga 17 tahun.

    MENARIK:  PAS: Tiada masalah salam tangan makan babi

    Suspek yang berusia 17 tahun itu, katanya, memperoleh sehingga RM76,000 daripada kegiatannya menjual bahan CSAM selama sembilan bulan.

    “Jenayah seumpama ini semakin membimbangkan dari tahun ke tahun kerana bukan saja mengancam keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak malah turut menggugat keharmonian masyarakat, serta berpotensi mencetuskan jenayah kekerasan lain yang boleh menganggu gugat keamanan negara,” katanya.

    Mohd Khalid menjelaskan, Op Pedo Bersepadu 2.0 adalah hasil daripada pemantauan dan risikan siber serta laman web gelap selama berbulan-bulan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) PDRM.

    Prose itu, katanya, mendapat sokongan strategik daripada MCMC, agensi penguatkuasaan antarabangsa, dan maklumat daripada orang ramai.

    Daripada keseluruhan suspek yang ditahan, menurut Mohd Khalid, 17 sudah didakwa di mahkamah antara 24 Sept hingga 10 Okt lalu, manakala 14 yang lain dibebaskan dengan ikat jamin.

    Selain itu, katanya, pihak berkuasa turut merampas 82 perananti digital, termasuk komputer, telefon bimbit dan pemacu storan.

    “Pemeriksaan awal menemukan lebih 880,000 fail digital mengandungi bahan CSAM dan pornografi dewasa.

    “Ia merupakan peningkatan lebih 20 kali ganda berbanding Op Pedo Bersepadu 1.0 yang dijalankan pada Dis 2024 yang hanya melibatkan 40,000 fail digital,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah