31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Notis perhimpunan Sabtu ini tak lengkap, kata polis

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan menerima notis pemberitahuan berhubung penganjuran perhimpunan di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata semakan pihaknya mendapati notis tersebut tidak lengkap kerana tiada salinan persetujuan daripada pemilik tempat perhimpunan.

    “Pada 17 Jan lalu respons terhadap notis pemberitahuan perhimpunan tersebut telah diberikan kepada pihak penganjur supaya memenuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

    “Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan yang menyalahi peruntukan undang-undang dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Timbalan Pendakwa Raya putuskan tindakan lanjut kes Daim, kata SPRM

    Terdahulu, tular di laman sosial poster Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang mengajak orang ramai berkumpul di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka pada 2.30 petang, Sabtu ini bagi menuntut keadilan dan menolak kezaliman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah