27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nazri kritik Tengku Maimun isu dakwaan pengaruh politik dalam kehakiman

    Shopee Sale

    Bekas pemimpin Umno, Nazri Aziz mempertikaikan kenyataan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berhubung dakwaan pengaruh politik dalam badan kehakiman.

    Ini susulan ucapan Tengku Maimun semasa persidangan undang-undang di Malta minggu lalu, ketika dia dilaporkan menggesa penyingkiran perananan perdana menteri dalam pelantikan kehakiman.

    Bercakap dalam temu bual, Nazri berkata Tengku Maimun juga dilantik ke jawatan itu di bawah sistem yang sama berdasarkan konvensyen undang-undang British.

    "Tengku Maimun dilantik guna sistem sama. Beliau menerimanya tanpa sebarang isu. Jadi, kenapa sekarang beliau kata ini tidak okey bila sudah dekat mahu bersara?” katanya, seperti dilaporkan portal berita Free Malaysia Today.

    MENARIK:  ULASAN | Di sebalik Mein Kampf

    Untuk rekod, Malaysia menggunakan sistem pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat perdana menteri.

    Pada April, portal berita itu memetik ucapan Tengku Maimun pada persidangan Undang-undang Komanwel ke-24 di Malta, menggesa agar perdana menteri tidak terlibat dalam melantik hakim.

    Ini, menurutnya, "akan mengukuhkan kesaksamaan proses pengundian" dan "kekal bebas daripada sebarang persepsi pengaruh politik".

    Menjawab perkara ini, Nazri, yang merupakan bekas menteri undang-undang, mencabar ketua hakim negara untuk menunjukkan bukti pengaruh politik dalam pelantikan hakim.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah