27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sistem baru pekerja asing: MP gesa k’jaan hentikan penyumberan luar

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung menggesa kerajaan menghentikan amalan menyerahkan tugas kerajaan kepada syarikat swasta kerana bimbang tentang keselamatan dan kedaulatan negara.

    Gesaan itu dibuat susulan laporan mengenai rancangan kerajaan untuk mengguna pakai sistem pengurusan pekerja asing baru dikenali sebagai Universal Recruitment Advanced Platform (Turap), yang sedang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd.

    Dalam satu kenyataan, Lee Chean Chung berkata amalan menyerahkan pendaftaran pekerja asing kepada pihak ketiga tidak sepatutnya berlaku, memandangkan sifat data yang sangat sensitif serta implikasinya terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

    “Perlu ada sempadan yang jelas dalam penyumberan luar fungsi kerajaan. Pengurusan data pekerja asing jelas berada di luar sempadan yang dibenarkan.

    “Ia bukan sekadar sistem pentadbiran. Ia adalah infrastruktur strategik negara yang melibatkan identiti, pergerakan, pekerjaan dan keselamatan,” katanya.

    Lee turut mempersoalkan penglibatan berterusan kerajaan dengan Bestinet serta menimbulkan isu berkaitan perananan syarikat itu dalam Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS), iaitu sistem yang sedang digunakan kerajaan ketika ini.

    Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu menambah dia konsisten mempersoalkan perananan Bestinet serta isu tadbir urus serius melibatkan syarikat tersebut, termasuk kegagalannya mengemukakan penyata tahunan sejak 2010.

    “Ini menimbulkan satu persoalan mudah tetapi kritikal: apakah yang begitu unik sehingga kerajaan tiada alternatif lain yang boleh digunakan?

    “Jika sistem yang dicadangkan itu benar-benar berupaya seperti yang didakwa, dan tidak bergantung kepada teknologi proprietari, maka tiada sebab ia tidak boleh dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan secara dalaman.

    MENARIK:  Anwar: Saya tak susah hati, mereka yang bertarung ini pejuang asal PKR

    “Ini lebih penting ketika kerajaan sedang giat melabur dalam keupayaan GovTech sendiri.

    “Lebih penting, kita perlu bertanya sama ada penyumberan luar berterusan sistem sensitif data seperti ini meningkatkan pendedahan kepada risiko, bukan sahaja dari segi kebocoran data peribadi, tetapi juga hakisan kedaulatan negara terhadap infrastruktur kritikal,” katanya.

    Pada 27 Mac, Malaysiakini melaporkan kerajaan sedang mempertimbangkan sistem digital baru untuk mengurus pekerja asing, yang menurut sumber industri akan dinamakan Turap.

    Sumber berkata cadangan itu bertujuan menambah baik ekosistem pengambilan pekerja, yang dikatakan dibebani kos tinggi dan kebajikan pekerja yang lemah.

    Bagaimanapun, pemain industri meluahkan keraguan sama ada sistem baru itu benar-benar membawa perubahan ketara atau sekadar menambah lapisan baru kepada sistem sedia ada.

    Susulan laporan itu, polis telah membuka siasatan terhadap Malaysiakini, dengan seorang wartawannya dipanggil untuk memberi keterangan.

    Sebuah gabungan yang mewakili agensi pekerjaan swasta turut menyuarakan bantahan keras terhadap Turap, yang didakwa akan mewujudkan monopoli dalam sektor pengambilan pekerja asing.

    Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, pada Khamis berkata dia tidak melihat masalah untuk melantik Bestinet sebagai pembangun sistem, namun menegaskan ia masih belum mendapat kelulusan kerajaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah