25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Najib: Saya tidak pernah tekan, arah KPMG lulus audit 1MDB

    Shopee Sale

    BICARA 1MDB l Bekas perdana menteri Najib Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi yang bersidang di Putrajaya bahawa dirinya tidak pernah menekan atau mengarahkan firma audit antarabangsa KPMG untuk meluluskan akaun 1MDB bagi tahun kewangan 2013.

    Najib yang juga adalah bekas menteri kewangan, berkata, isu tersebut berpunca daripada perselisihan antara pengurusan 1MDB dengan KPMG berhubung jika firma audit itu boleh meluluskan akaun tersebut.

    Najib menolak cadangan Timbalan Pendakwa Raya T Deepa Nair berhubung kenyataan bekas rakan pengurusan KPMG, Johan Idris, yang mendakwa dia diugut supaya meluluskan akaun tersebut sebelum 31 Disember 2013.

    Deepa merujuk kepada dakwaan pertemuan antara pegawai KPMG, termasuk Johan, pegawai 1MDB, dan Najib di rumah bekas perdana menteri itu di Langgak Duta, Kuala Lumpur, pada 15 Disember 2013.

    Deepa: Pada tarikh ini (15 Disember 2013), selepas Johan mengatakan tidak boleh luskan akaun 2013, Datuk Seri arahkan KPMG untuk luluskannya sebelum 31 Disember.

    Najib: Saya tidak boleh arahkan juruaudit. Walaupun saya mahu audit diselesaikan, saya tidak boleh arahkan juruaudit, itu salah. Sekalipun saya (secara hipotesis) arahkan, mereka (KPMG) tidak boleh ikut arahan saya. Mereka juruaudit bebas, dan KPMG salah satu firma audit paling bereputasi di dunia.

    Najib turut memberi keterangan bahawa pasukan pengurusan 1MDB dan KPMG berselisih pendapat dalam mesyuarat tersebut mengenai dokumen berkaitan pelaburan luar negara 1MDB melalui Brazen Sky.

    Najib menolak cadangan Deepa bahawa dia tidak mahu 1MDB berkongsi dokumen yang diminta oleh KPMG kerana dana tersebut didakwa digunakan untuk kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN).

    MENARIK:  PRN Sabah: BN halusi kerusi berpotensi menang, kata Zahid

    "Tidak, tidak, tidak. Salah, sepenuhnya salah. Perbezaan asasnya adalah KPMG kata mereka perlukan dokumen tambahan, tetapi (pengurusan 1MDB) kata mereka (KPMG) minta macam-macam dokumen, dan apa yang mereka (KPMG) miliki sudah mencukupi.

    "Oleh itu, terdapat perbezaan pendapat antara pengurusan (1MDB) dan KPMG, itu sahaja yang berlaku, tiada kaitan dengan pembiayaan (untuk Umno dan BN)," kata bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu.

    Sebelum ini, dalam perbicaraan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion dana 1MDB, Najib memberi keterangan bahawa pengurusan 1MDB akhirnya menamatkan perkhidmatan audit KPMG dan beralih kepada firma audit Deloitte, pada tahun 2014.

    Najib sebelum ini menafikan dia pernah menekan 1MDB untuk memecat KPMG.

    Pada 30 Oktober, mahkamah jenayah mengarahkan Najib untuk membela diri atas empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

    Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib berdasarkan keterangan 50 saksi semasa peringkat pendakwaan yang berlangsung selama enam tahun sejak perbicaraan bermula pada 2019.

    Najib pertama kali didakwa pada tahun 2018 dan sedang menjalani hukuman penjara enam tahun atas kes salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah