26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Na’im jalani pembedahan buang kelenjar ada batu karang

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjalani prosedur pembezahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang hari ini.

    Mohd Na'im menerusi hantaran di Facebook dan Twitter memaklumkan prosedur itu dijadualkan pada 8 pagi ini.

    "Doktor telah buat keputusan supaya salah satu kelenjar air liur dibuang bagi mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini," katanya dan turut memohon doa agar pembezahan itu berjalan lancar selain kesembuhan buatnya.

    Dalam pada itu, Mohd Na'im menyeru masyarakat Islam supaya menggandakan amal ibadah sempena Nuzul al-Quran hari ini.

    MENARIK:  BN sokong kerajaan baru Sabah

    "Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyak sumbangan khususnya kepada saudara kita berada di Palestin.

    "Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah