25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Miti akan adakan sidang media esok mengenai tarif terkini AS – Zafrul

    Shopee Sale

    Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) akan mengadakan sidang media berkenaan kadar tarif balas terkini sebanyak 25 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    “Miti telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kedudukan tarif semasa, dan sidang media akan diadakan pada Rabu, pukul 6 petang di Menara Miti, selepas mesyuarat Kabinet,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap kepada media Malaysia yang membuat liputan misi perdagangan ke tiga negara -- Itali, Perancis dan Brazil -- diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    AS mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.

    Angka itu merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding dengan tarif yang telah diumumkan pada April.

    MENARIK:  Wanita maut lepas treler rempuh rumah

    Mengulas mengenai laporan itu, Miti menegaskan semula bahawa Malaysia komited untuk meneruskan kerjasama dengan AS ke arah perjanjian perdagangan yang seimbang, membawa manfaat bersama dan menyeluruh.

    Dalam kenyataan hari ini, Miti turut menekankan Malaysia menghargai hubungan ekonomi dan perdagangan yang telah lama terjalin dengan AS di samping mengiktiraf perananan penting perdagangan terbuka dan adil dalam menyokong pertumbuhan ekonomi serta penciptaan pekerjaan di kedua-dua negara.

    AS merupakan rakan dagang kedua terbesar dan destinasi eksport terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan pada 2024 melonjak hampir 30 peratus kepada RM324.9 bilion (US$71.4 bilion).

    Eksport ke AS mencecah RM198.7 bilion (US$43.7 bilion), manakala import meningkat kepada RM126.3 bilion (US$27.7 bilion).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah