34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Met Malaysia: Amaran ribut petir di beberapa negeri

    Shopee Sale

    Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 7 malam ini, menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).

    Di Kedah melibatkan Langkawi, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

    Amaran serupa juga untuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

    Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta jajahan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Machang di Kelantan juga turut terjejas.

    Met Malaysia berkata amaran dikeluarkan pihaknya apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

    Di Selangor amaran ribut petir melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Tampin), Melaka (Jasin) dan Johor pula (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing).

    MENARIK:  114 terbunuh, 732 cedera akibat gempa bumi di Myanmar

    Bagi Sarawak ia melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song)

    Sabah pula di kawasan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah