27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mesyuarat khas tentukan tarikh PRK DUN Mahkota 13 Ogos – SPR

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada 13 Ogos ini, untuk membincangkan pelaksanaan PRK DUN berkenaan.

    Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata ini susulan SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Mahkota berikutan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lepas.

    “Berdasarkan Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Bahagian Kedua, Fasal (5) Perkara 23, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari SPR menerima pemakluman telah berlakunya kekosongan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ikmalrudin turut memaklumkan satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang pada Jumaat lepas.

    MENARIK:  ‘Siasatan ke atas Umany bercanggah perlembagaan’

    Bekas Ketua Wanita Umno Johor itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HEBHK pada Rabu lepas kerana mengalami sesak nafas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah