28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC, Murray Hunter rekod Perintah Persetujuan

    Shopee Sale

    Penulis blog Murray Hunter dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam merekodkan Perintah Persetujuan melalui prosiding dalam talian di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim Noor Hayati Mat.

    Perintah itu direkodkan dalam satu tindakan saman fitnah difailkan MCMC terhadap Hunter, susulan penerbitan kenyataan fitnah oleh individu itu terhadap MCMC melalui platform dalam taliannya.

    MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan Perintah Persetujuan berkenaan juga sebahagian daripada Perjanjian Penyelesaian bertarikh 12 Jan lepas, yang dimasuki oleh kedua-dua pihak berhubung prosiding jenayah terhadap Hunter di Thailand yang juga berpunca daripada penerbitan kenyataan berunsur fitnah oleh penulis blog itu terhadap MCMC melalui platform dalam taliannya.

    MENARIK:  MCMC minta Meta padam hantaran Zamri pada 5 Mac

    “Perintah Persetujuan itu dimasuki susulan permohonan maaf terbuka oleh Hunter serta penurunan penerbitan berunsur fitnah itu daripada platform dalam taliannya.

    “Hunter juga telah mengesahkan semula aku janjinya dalam Perintah Persetujuan itu untuk tidak mengulangi penerbitan kenyataan fitnah berkenaan atau kandungan yang serupa mengenai MCMC dan pihak-pihak berkaitan,” katanya.

    MCMC memaklumkan pihaknya memandang serius kenyataan palsu dan fitnah serta akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi melindungi integritinya, dan memastikan kebertanggungjawaban berhubung penerbitan yang melulu dan tidak bertanggungjawab sedemikian.

    Dalam prosiding hari ini, MCMC diwakili oleh Datuk Selva Mookiah dan Nurshafiqa Balqish Jaffri manakala Hunter mewakili dirinya sendiri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah