32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat wanita tangan, kaki terikat terapung di Sungai Tanjung Serindit

    Shopee Sale

    Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki terikat di Sungai Tanjung Serindit, Ulu Papan, Pengerang, di Kota Tinggi malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi ACP Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita yang identiti dan kewarganegaraannya masih belum dikenal pasti, terapung di dalam sungai berkenaan kira-kira 9 malam.

    Beliau berkata susulan maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama Bahagian Forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor tiba di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

    "Pemeriksaan awal mendapati individu tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan tangan dan kaki terikat menggunakan tali.

    MENARIK:  Kampung Sg Baru: RM3,000 sekaki persegi berpatutan, kata Mahathir

    "Identiti mayat masih dalam proses pengesahan dan punca kematian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Yusof berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Gudang bagi tujuan bezah siasat.

    Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes ASP Noor Azizi Indzam di talian 013-7878771 atau ke mana-mana balai polis berhampiran atau Hotline Polis IPD Kota Tinggi di talian 07-8831222.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah