29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ieda Moin Kecewa Bayaran Lakonan ‘Mengarut’ – ‘Ada Artis Sanggup Ambil Harga Rendah’ 

    Shopee Sale

    Pelakon dan pelawak, Ieda Moin meluahkan rasa kecewa apabila bayaran yang diterimanya tidak setimpal dengan pengalaman hampir tiga dekad dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ieda Moin Dedah Hampir Terjerumus Dalam Hubungan Songsang, Syukur Sahabat Jadi Penyelamat

    Artikel Berkaitan: “Saya Dah Lama Suka Awak!” – Peminat Fanatik Luah Perasaan Pada Ieda Moin

    Keadaan berbeza

    Ketika ditemui , pemilik nama Siti Haida Abdul Moin, 46, berkata, keadaan sekarang berbeza berbanding dahulu apabila bayaran yang diterima ketika itu lebih setimpal.

    Sakit hati saya. Saya rasa macam nak kembali pada tahun 2006, dulu lagi meriah (bayaran mahal) sekarang nak dapatkan harga yang sepatutnya susah.

    Pihak produksi pernah panggil saya berlakon untuk satu episod sejam dengan tawaran harga RM500.

    Saya tanya pengurus produksi itu, dah berapa lama dia bekerja dengan industri ini dan berapa lama awak tahu saya berada dalam industri ini.

    Saya bukan nak berlagak tapi saya memang ada harga sendiri (rate card). Ada artis yang sanggup ambil harga rendah itu dan membunuh harga pasaran.

    Ieda berkata demikian ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama pelakon drama terbitan Viu, Ate Kome, I Love You! di Sunway Pyramid baru-baru ini.

    Malah, kata Ieda, dia kecewa apabila pihak produksi sanggup membayar pelakon baharu dengan kadar yang tinggi, tetapi tidak melakukan perkara sama terhadap pelakon lama.

    Memang rezeki orang, kita tidak mempertikaikan dan cemburu.

    Tetapi bagi mereka yang sudah bekerja dengan kita dan sudah tahu pencapaian, mereka tahu macam mana nak hargai kita. Berapa yang mereka bayar itulah cara mereka menghargai.

    Bila ditawarkan dengan harga sedemikian, seolah-olah seperti kita berada di bawah tapak kaki mereka.

    Contoh, artis baharu mereka boleh tawarkan dengan harga RM4,000 hingga RM5,000 untuk satu episod, saya nak dapat RM2,000 pun susah.

    Bukan isu bajet

    Menurut Ieda, isu itu bukan kerana kekurangan bajet tetapi disebabkan wujudnya layanan berbeza terhadap pelakon lama dan pelakon baharu dari segi kadar bayaran.

    Bagi saya produksi bukan tiada bajet, tapi double standard. Kalau dahulu, mereka sediakan pakaian untuk pelakon.

    Zaman sekarang saya faham, tak mudah nak dapatkan tajaan.

    Kalau produksi membantu tidak mengapa, ini pula dah lah menentukan apa yang kena dipakai tiada tajaan dan lagi nak potong bayaran pelakon.

    Dulu boleh tuntut duit minyak dan tol, sekarang tidak boleh. Bukan nak berkira, tapi kita mahu bekerja dalam suasana yang gembira.

    Dalam perkembangan lain, Ieda muncul dalam siri terbaharu Viu berjudul Ate Kome I Love You! yang disiarkan pada setiap Khami dan Jumaat pada jam 12 tengah hari.

    MENARIK:  Iqbal Zulkefli Hilang Makna Hari Raya Selepas Arwah Ibu Meninggal – ‘Ditakdirkan Sampai Tua Saya Tak Dapat Kasih Sayang Macam Orang Lain’

    Selain Ieda, turut membintangi drama tersebut ialah Amy Mastura, Bella Dowanna, Aniq Suhair dan Nurel Baharin.

    The post [VIDEO] Ieda Moin Kecewa Bayaran Lakonan ‘Mengarut’ – ‘Ada Artis Sanggup Ambil Harga Rendah’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah