28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Matrikulasi: PM jamin kuota pelajar bumiputera dikekalkan

    Shopee Sale

    Kerajaan menegaskan akan tetap mempertahankan kuota bumiputera dalam melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, di sebalik pengumuman bahawa calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa mengira kaum atau latar belakang juga akan diberikan tempat.

    Berucap pada majlis perjumpaan perdana menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini, Anwar Ibrahim berkata, prinsip itu adalah adil dan munasabah.

    "Kalau dia (pelajar) itu rakyat dan warga kita, kita harus pelihara tapi kita juga terima kenyataan mengenai meritokrasi, jadi tanpa mengira kaum dan wilayah, dapat 10A kita beri jaminan tempat di matrikulasi.

    "Kuota bumiputera kita tetap dikekalkan kerana ini keputusan sudah lama kerana berkait dengan perlembagaan, jaminan masa depan bumiputera Melayu supaya tidak berlaku kesenjangan," katanya.

    Menurut perdana menteri, sejak merdeka kian ramai pelajar termasuk kalangan Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak mendapat 10A ke atas.

    “Tiap kali kerana kita ada kuota bumiputera, kadang-kadang dijadikan isu keterlaluan, di satu pihak nak menafikan hak minoriti. 

    MENARIK:  KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian

    “Satu pihak lagi nak pertikai prinsip perlembagaan dan jaminan kepada bumiputera terutama secara nisbi dalam kedudukan lebih rendah kerana kemudahan di desa dan miskin bandar.

    “Maka kita ambil jalan agak adil dan munasabah. Kalau dia itu rakyat di negara kita, maka harus pelihara. Kita juga menerima kenyataan tentang meritokrasi. Siapa dapat 10A tanpa mengira kaum dan wilayah, kita berikan jaminan tempat di matrikulasi atau bagi bumiputera, ada asasi,” katanya. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah