25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masjid di Pahang diminta buat solat hajat, doa keselamatan negara Islam

    Shopee Sale

    Semua masjid dan surau di Pahang diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan negara Islam, khususnya di Timur Tengah.

    Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata pelaksanaan solat hajat atas titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga diadakan bagi memohon perlindungan Allah SWT kepada rakyat Malaysia yang berada di sana daripada segala bentuk bencana, musibah dan ancaman.

    "Solat hajat tersebut hendaklah dilaksanakan pada 1 Mac 2026 (hari ini) selepas solat isyak sebelum solat tarawih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    MENARIK:  ‘Tei, mengapa engkau enggan kerjasama dengan saya ketika itu?’

    Media semalam melaporkan, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas Iran serta serangan balas berikutnya terhadap beberapa negara di rantau Timur Tengah iaitu Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Qatar pada Sabtu (28 Feb).

    Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa serangan itu melanggar prinsip kedaulatan dan keutuhan wilayah, serta larangan penggunaan kekerasan di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah