29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marzuki selar DAP: Muhyiddin utamakan nyawa, kamu takut kalah

    Shopee Sale

    Bekas setiausaha sulit kanan kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad membidas tindakan seorang anggota Parlimen DAP yang mencadangkan supaya darurat diisytiharkan untuk menangguhkan Pilihan Raya Melaka.

    “Bukan kerana wabak penyakit. Bukan kerana ancaman keselamatan. Bukan untuk menjaga nyawa rakyat.

    “Tetapi kerana takut kalau PRN diadakan ketika harga minyak mahal, parti kerajaan akan kalah. Yang nak dijaga ialah hayat parti kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Marzuki mengulas laporan Berita KS yang memetik anggota Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang mencadangkan kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

    Khoo Poay Tiong

    Cadangan itu dibuat bagi menangguhkan pilihan raya negeri ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan krisis bahan api.

    MENARIK:  K’jaan salur RM5.757 bilion kepada 261,651 usahawan

    Pembangkang Johor dan Melaka dilapor juga menolak cadangan penangguhan itu atas alasan sistem negara masih berfungsi seperti biasa.

    Mengulas lanjut, Marzuki menjelaskan bahawa pengisytiharan darurat sewaktu pandemik Covid-19 adalah demi menyelamatkan nyawa, bukannya strategi politik untuk mengekalkan jawatan perdana menteri ketika itu.

    Marzuki mendedahkan bahawa Muhyiddin secara spesifik menyatakan dia tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sekiranya ia bukan atas faktor keselamatan kesihatan, memandangkan Seri Paduka sebelum itu pernah menolak cadangan serupa daripada kabinet.

    "Tan Sri Muhyiddin secara spesifik memberitahu saya sekiranya YDPA tidak memperkenankannya, beliau tidak akan menyembah nasihat supaya darurat diisytiharkan.

    "Darurat ketika itu adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyat daripada wabak Covid-19," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah