28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia menang 2-0 ke atas Nepal

    Shopee Sale

    Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Malaysia berjaya menundukkan Nepal dengan keputusan 2-0.

    Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski mempertaruhkan skuad terbaiknya malam ini diketuai Matthew Davies dengan jentera serangan negara dibarisi Romel Morales, Arif Aiman, Endrick Dos Santos.

    Sejak wisel permulaan, pasukan Harimau Malaya menunjukkan dominasi dengan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang lawan.

    Gol yang dinanti-nantikan akhirnya tiba pada minit ke-29 apabila Hector Hevel, pemain warisan negara kelahiran Belanda yang membuat penampilan sulung bersama Malaysia, meledak jaringan selepas menerima hantaran kemas dari bahagian tengah.

    MENARIK:  Azalina: Pelantikan ketua hakim negara akan ikut Perlembagaan

    Nepal cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan melakukan beberapa pertukaran pemain, namun pertahanan kental Malaysia berjaya mengekang sebarang ancaman.

    Malaysia terus menguasai permainan dan menambah jaringan kedua pada minit ke-65 melalui sepakan Corbin Ong.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah