28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia kutuk penghinaan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa

    Shopee Sale

    Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokatif seorang menteri rejim Zionis Israel memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada 7 April.

    Kementerian Luar dalam kenyataan pada Rabu menegaskan tindakan biadap yang dilakukan semasa kawasan masjid itu ditutup kepada jemaah Islam adalah pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menghina tapak suci umat Islam itu.

    “Tindakan melulu seperti itu menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau, dan mencabul hak agama umat Islam di seluruh dunia.

    “Malaysia menekankan bahawa perlindungan dan penghormatan terhadap Al-Aqsa dan tapak suci lain di Baitulmaqdis adalah kewajipan yang tidak boleh dirunding di bawah undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

    Menurut kementerian itu, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengecam dengan keras tindakan Israel dan menuntut agar ia segera menghentikan semua tindakan agresif, menghormati kesucian tapak suci dan mematuhi sepenuhnya undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

    MENARIK:  Kes serang balai polis: Bapa, anak dipenjara 30 tahun, ibu kena empat tahun

    Langkah-langkah konkrit mesti diambil untuk mencegah pelanggaran selanjutnya dan memastikan tapak suci Baitulmaqdis kekal selamat, dilindungi dan boleh diakses oleh semua penganut, menurut kenyataan itu.

    Malaysia menekankan semula solidariti teguhnya dengan rakyat Palestin dan komitmen untuk menjaga warisan agama, budaya dan negara mereka, selain mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah