29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia benam Nepal 1-0, jaringan tunggal Faisal Halim

    Shopee Sale

    Skuad kebangsaan Malaysia menewaskan Nepal 1-0 dalam aksi kelima Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa, hasil jaringan tunggal Faisal Halim.

    Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan walaupun Malaysia memiliki beberapa peluang berbahaya untuk membuka tirai gol.

    Memasuki babak kedua, pasukan negara meningkatkan intensiti permainan untuk mencari gol pembukaan. Usaha itu membuahkan hasil pada minit ke-56 apabila Faisal Halim melepaskan rembatan yang menewaskan Kiran Kumar, sekaligus menceriakan ribuan penyokong di Bukit Jalil.

    MENARIK:  Sekatan Grok hanya ditarik balik jika isu kandungan diselesaikan - Fahmi

    Malaysia terus menguasai permainan hingga ke penghujung, namun gagal menambah jaringan apabila sepakan penalti yang diperoleh pada lewat permainan tidak disempurnakan Paulo Josue.

    Perlawanan tamat dengan kemenangan 1-0, memastikan mata penting untuk Harimau Malaya dalam usaha melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2027.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah