30 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah tolak permohonan Guan Eng, isteri batal tuduhan rasuah

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama isterinya, Betty Chew untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi mereka.

    Pesuruhjaya Kehakiman, Rofiah Mohamad, berkata berikutan itu perbicaraan kes tersebut akan diteruskan. Ini, katanya, memandangkan ada perbezaan ketara dalam kesalahan yang didakwa berlaku melibatkan individu berbeza.

    Mahkamah jenayah itu juga menafikan permohonan serupa oleh ahli perniagaan Phang Li Koon.

    Ketika dihubungi, peguam Phang V Sithambaram mengesahkan keputusan itu.

    Lim, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata dia dan isterinya akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pertuduhan berkenaan.

    MENARIK:  Polis serbu banglo, rampas 18 tan dadah bernilai RM1.53 bilion

    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah