26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Adik Yang Baru Mula Bekerja, Peruntukkan Sikit Wang Untuk Ambil Medical Card’ – Uyaina Arshad

    Shopee Sale

    Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil berkongsi bahawa antara keputusan terbaik yang dibuat untuk dirinya adalah dengan mengambil insurans perubatan sebaik sahaja memulakan kerjaya.

    Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Dedah Kereta Ibu Bapa Mentua Dihentam Suspek Buruan Polis

    Artikel Berkaitan: ‘SPM 7A & UM 3.5, Jadi Pengacara’ – Uyaina Arshad Belajar Lain Kerjaya Berbeza, Sifatkan Tiada Ilmu Yang Sia-Sia

    Banyak membantu bila sakit

    Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berpandangan bahawa walaupun tidak kerap jatuh sakit setiap tahun, manfaat memiliki kad perubatan tersebut terbukti sangat berbaloi apabila berdepan situasi kesihatan yang tidak dijangka.

    Antara perkara yang paling saya bersyukur pernah buat untuk diri sendiri ialah mengambil medical insurance sebaik sahaja mula bekerja.

    Saya ambil medical insurance ketika umur 23 tahun, dan memang sangat berbaloi.

    Memang bukan setiap tahun kita jatuh sakit, tetapi bila sekali diuji dengan masalah kesihatan, medical card inilah yang banyak membantu dan meringankan beban.

    Dalam masa sama, Uyaina turut menasihatkan golongan muda yang baru memulakan kerjaya agar memperuntukkan sebahagian pendapatan mereka untuk mendapatkan perlindungan insurans kesihatan terlebih dahulu.

    Nasihat saya kepada adik-adik yang baru mula bekerja, peruntukkan sedikit wang untuk mengambil medical card terlebih dahulu.

    Utamakan perlindungan diri dahulu.

    Bila kewangan sudah lebih stabil dan ada duit lebih, barulah fikirkan pelaburan lain.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Talita Berlatih Nyanyi Lagu Kesetiaan, Netizen Puji – ‘Dapat Dekat Tangan Ajai, Lahirlah Satu Bintang’

    The post ‘Adik Yang Baru Mula Bekerja, Peruntukkan Sikit Wang Untuk Ambil Medical Card’ – Uyaina Arshad first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah