33.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah tolak pemohonan Zafrul fail afidavit tahanan rumah Najib

    Shopee Sale

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz gagal mendapatkan kebenaran untuk memfailkan afidavit yang dikaitkan dengan tindakan undang-undang tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.

    Senator itu memohon untuk kebenaran memfailkan afidavit untuk membetulkan kesilapan fakta dalam afidavit Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong usaha Najib supaya baki hukuman penjara yang dijatuhkan digantikan dengan tahanan rumah.

    Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Amarjeet Singh ketika menolak permohonan Zafrul, bagaimanapun berkata menteri itu boleh memohon semula sekiranya mahkamah sivil memberikan kebenaran kepada Najib pada 5 Jun ini untuk memulakan semakan kehakiman tahanan rumah.

    MENARIK:  PAC boleh panggil siapa saja, termasuk menteri - Mat Sabu

    Perkara itu disahkan oleh peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui media, hari ini.

    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah