Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan terkejut selepas mendakwa mengetahui teman lelakinya merupakan seorang lelaki songsang.
Artikel Berkaitan: ‘Suamiku Gay’ – ‘Repost’ Linda Jasmine Raih Perhatian
Kekasih songsang

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan mendakwa menemui satu aplikasi yang digunakan oleh golongan lelaki mencari pasangan sesama jenis pada telefon bimbit kekasihnya.
Aku baru tahu teman lelaki aku mungkin seorang gay. Sumpah aku sangat tertekan sekarang. Tadi masa dia sedang bermain telefon, mungkin dia tak perasan aku datang dekat dengannya.
Aku nampak dia buka satu aplikasi yang penuh dengan gambar lelaki. Bila aku tanya sama ada dia gay, dia terus menafikan dan mula marah-marah.
Aku cuba selidik sendiri dan akhirnya nampak profil dia dalam aplikasi itu. Serius aku sangat terkejut. Lepas itu baru aku sedar kebanyakan kawan dalam lingkungan dia pun ramai yang biseksual, gay dan sebagainya.
Lebih menyedihkan, wanita itu berkata mereka sudah merancang untuk mengikat tali pertunangan pada Ogos depan, namun insiden tersebut membuatkan dirinya mula hilang keyakinan terhadap hubungan itu.
Aku cuma tertanya-tanya, kenapa dia tidak boleh berterus terang dengan aku dari awal?
Bulan Ogos ini kami merancang untuk bertunang, tetapi sekarang aku sudah fikir panjang. Aku dah hilang keyakinan untuk meneruskan pertunangan ini.
Aku juga tak mahu memaksa diri meneruskan sesuatu yang aku sendiri sudah tidak pasti.
Sumber: Threads
The post Tiga Bulan Sebelum Bertunang, Wanita Terkejut Dapat Tahu Kekasih Rupanya Songsang! Jumpa Aplikasi Gay Dalam Telefon first appeared on OHBULAN!.





