32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah Agung Bangladesh batal sistem kuota pekerjaan

    Shopee Sale

    Sebuah mahkamah tinggi Bangladesh pada Ahad telah membatalkan sebahagian besar keputusan untuk memperkenalkan semula sistem kuota perkhidmatan awam susulan protes besar-besaran membantah rancangan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik BBC Bangla.

    Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan bahawa 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta dengan lima peratus diperuntukkan kepada keturunan veteran peranang kemerdekaan 1971 dan dua peratus kepada orang daripada kaum minoriti atau kurang upaya.

    Sistem kuota asal memperuntukkan lebih daripada separuh pekerjaan sektor awam untuk kumpulan berkenaan.

    Ia dilihat memihak kepada penyokong Perdana Menteri Sheikh Hasina dan Liga Awami.

    Kuota yang lebih tinggi telah dibatalkan pada 2018 tetapi diperkenalkan semula oleh mahkamah lebih rendah bulan lepas, kata penyiar itu.

    MENARIK:  Polis tahan mekanik disyaki tanam janin teman wanita

    Lebih 100 orang terbunuh dalam keganasan yang tercetus pada Selasa, lapor BBC Bangla memetik akhbar Prothom Alo dan The Daily Star.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah