27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN NS: Anwar turun kempen petang ini, perhebat momentum PH

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun padang berkempen di Negeri Sembilan hari ini dalam usaha memperhebat momentum Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung.

    Memasuki hari kelima tempoh kempen hari ini, kehadiran kali pertama Pengerusi PH itu bagi menyertai kempen dijangka menjadi antara tumpuan utama gabungan berkenaan dalam usaha mempertahankan pentadbiran negeri yang diterajui Datuk Seri Aminuddin Harun.

    Anwar, yang juga Presiden PKR dijadual menghadiri empat program melibatkan kawasan Ampangan, Paroi, Sikamat dan Senawang, merangkumi sesi bersama masyarakat, belia serta ceramah perdana gabungan berkenaan.

    Beliau akan memulakan siri program pada 4 petang ini menerusi Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Benteng @ Medan Selera Ampangan, sebelum menghadiri Program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Paroi, pada 5 petang.

    MENARIK:  Strategi PBS: Dulu konfrontasi, kini kompromi

    Pada sebelah malam pula, Anwar dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sebelum menyertai ceramah perdana Pakatan Harapan DUN Paroi di Pusat Bandar Senawang.

    Langkah turun padang Anwar hari ini dijangka memperkukuh lagi mesej kempen PH berhubung tawaran manifesto yang dilancarkan Isnin lepas mengandungi 10 komitmen utama dalam menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri termaju yang inklusif.

    Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, PH bertanding di kesemua 36 kerusi DUN yang dipetandingkan menyaksikan 16 calon daripada PKR, 11 mewakili DAP dan sembilan calon Amanah.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari mengundi pada 1 Ogos.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah