27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN NS: 173 permohonan permit ceramah, kempen diluluskan – Polis

    Shopee Sale

    Sebanyak 173 daripada 178 permohonan penganjuran ceramah dan aktiviti kempen politik bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 diluluskan bagi tempoh 18 Julai lepas hingga semalam.

    Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kesemua program dan aktiviti politik yang diluluskan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

    Beliau berkata dalam tempoh sama, pihaknya menerima sembilan laporan polis dan membuka lima kertas siasatan dengan satu daripadanya dibuka semalam berkaitan kesalahan pilihan raya.

    “Satu kertas siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api hingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Stoking kalimah Allah: TMJ mahu tindakan tegas

    Alzafny berkata setakat ini, situasi keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses pilihan raya pada tahap yang baik dan terkawal.

    “Orang ramai diseru agar terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM di lapangan bagi memastikan PRN Negeri Sembilan berlangsung dalam suasana aman, harmoni dan teratur,” katanya.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai manakala hari mengundi 1 Ogos ini.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah