Prosedur kecantikan seperti suntikan botox dan filler bukan lagi perkara asing dalam kalangan selebriti, malah semakin terbuka diperkatakan oleh golongan lelaki dan wanita.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Berkata Lebih, Kita Pun Tak Tahu Bila Kita Kena’ – Siti Khadijah Halim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Menyesal Buat Botoks & Filler’ – Fathia Latiff
Tak menghukum, asalkan boleh buat diri tampil lebih yakin
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain di fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk kita melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.
Menerusi edisi POV XTRA hari ini, pelakon Daniel Fong berkongsi pandangannya mengenai tindakan segelintir selebriti tidak kira lelaki atau wanita yang memilih untuk mengambil suntikan botox atau filler.
Bagi Daniel, setiap individu mempunyai hak untuk menentukan apa yang mahu dilakukan terhadap penampilan mereka, terutama sekiranya ia mampu meningkatkan keyakinan diri.
Menurutnya lagi, prosedur tersebut sudah menjadi sesuatu yang normal dalam kehidupan masyarakat hari ini dan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menghukum seseorang.
Perkara itu normal untuk dibuat sekarang ini, tidak kira lelaki atau perempuan. Kalau mereka mahu cucuk filler atau botox, terpulang kepada mereka.
Daniel berpendapat, perkara paling utama adalah seseorang itu berasa selesa dan gembira dengan dirinya sendiri, bukannya memenuhi jangkaan orang lain.
Pada akhirnya, diri sendiri kena rasa baik mengenai diri sendiri. Kena ‘feel good about yourself’.
Kalau buat filler itu boleh buat kita rasa lebih berkeyakinan dengan diri sendiri, then you should do it. I don’t judge.
Tak menolak untuk buat filler
Walaupun terbuka menerima pilihan individu yang melakukan prosedur berkenaan, Daniel mengakui dia sendiri belum pernah mencuba suntikan botox atau filler.
Namun, dia tidak menolak kemungkinan untuk melakukan prosedur tersebut pada masa hadapan sekiranya merasakan ia diperlukan.
Saya tak pernah buat, tapi mungkin pada masa depan saya akan buat. Saya hanya buat facial dan pico laser.
The post POV XTRA: ‘Mungkin Satu Hari Nanti Saya Cucuk’ – Daniel Fong Terbuka Soal Botox first appeared on OHBULAN!.





