Pelakon Indonesia, Adipati Dolken berkongsi pengalamannya pertama kali terlibat dalam produksi Malaysia menerusi filem Mojoku Hilang! arahan pengarah Min Lim.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Bincang Dengan Syafiq Kyle Sebelum Pilih Watak – ‘Perlu Bertanya Kepada Suami Dahulu’
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Suka Dengar Jeanelle Cakap Bahasa Melayu – ‘Dulu Macam Membebel Dengan Pintu’
Belajar dari skrip

Ketika ditemui , Adipati, 35, teruja diberi peluang untuk menerajui naskhah tersebut dan dapat melebarkan sayapnya ke negara ini.
Sewaktu diberi tawaran, skripnya agak mencabar kerana saya perlu bercakap dalam Bahasa Melayu dan saya belum pernah melakukannya sebelum ini.
Jadi pada saya ini adalah peluang yang menarik. Saya juga keluar dari zon selesa sebagai seorang aktor dengan mengambil tawaran ini.
Menurut Adi, dia mengakui berdepan dengan cabaran untuk menguasai skrip kerana perbezaan bahasa dan dialek negeri Perlis yang dituturkan di dalam filem tersebut.
Ketika menghantar video casting, saya melihat skripnya panjang dan agak sulit. Saya meminta sedikit waktu untuk memahami skrip ini dan belajar dialek.
Saya buat hampir 20 video, malah pernah merasa putus asa dan hanya berserah sahaja. Tetapi ternyata mereka percaya bahawa saya boleh melakukannya dan kemudian saya dapat tawaran watak ini.
Adipati berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan filem berkenaan yang berlangsung di TGV, KLCC pada Isnin.
Tambah Adipati, dia telah banyak dibantu oleh penulis skrip filem berkenaan iaitu Honey Ahmad, bagi memastikan pertuturannya dalam naskhah ini lancar dan difahami.
Saya belajar secara terus dengan penulis skrip iaitu Honey Ahmad. Honey akan duduk di sebelah pengarah, jika saya salah saya akan diminta untuk melakukannya semula.
Honey banyak membantu saya untuk mendalami skrip, cara pemahaman karakter dan lontaran dialog.
Tidak terlalu lama untuk saya belajar, saya tiba di Kuala Lumpur pada akhir November tahun lalu dan terus mendalami skrip. Tetapi masalah utama saya adalah untuk menguasai dialek.
Mereka memberi saya rating cara saya bercakap seolah-olah saya sudah berada di Malaysia untuk beberapa tahun. Contohnya, hari ini mereka kata cara saya bercakap seperti saya tinggal tiga tahun di sini dan sampailah saya diberi rating tinggi apabila sudah mula fasih.
Untuk info, Mojoku Hilang! tampil sebagai sebuah naskhah romantik komedi yang menggabungkan elemen cinta, harapan, pengorbanan dan realiti kekuatan kehidupan komuniti kampung yang sentiasa ada untuk satu sama lain.
Bagi mengimbangi emosi jalan cerita, naskhah ini dikukuhkan dengan elemen humor menerusi setiap karakter serta watak ikonik, Mojo, iaitu seekor lembu yang diculik.
Selain Adipati, Mojoku Hilang! turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Gambit Saifullah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron, Tony Eusoff, Haeriyanto Hassan, Farah Ahmad dan Seha Monica.
The post [VIDEO] ‘Skrip Filem Ini Agak Mencabar Kerana Saya Perlu Bercakap Dalam Bahasa Melayu’ – Adipati Dolken first appeared on OHBULAN!.





