Seorang wanita didakwa menjadi mangsa penderaan seksual bapa kandung dan dua bapa saudaranya sejak sembilan tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Kejam! Bayi 9 Bulan Kritikal, Dirog*l Saudara Sendiri Berusia 12 Tahun Di Bangsal Zink
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Mengaku Lepaskan Nafsu Terhadap Anak Kandung Seminggu Sekali – ‘Masa Itu Isteri Saya Tiada Di Rumah’
Mangsa rogol

Wanita yang berasal dari Cikarang Selatan, Jakarta, Indonesia itu didakwa telah dirogol secara berulang kali sejak berusia 13 tahun.
Kes tersebut mendapat perhatian dan bantuan daripada Lembaga Bantuan Hukum Asosiasi Perempuan Indonesia untuk Keadilan (LBH APIK) Jawa Barat berikutan mangsa didakwa pernah mencuba untuk membunuh diri.
Wakil daripada lembaga tersebut iaitu Cut Bietty dan Jurung Radjagukguk, memaklumkan bahawa kejadian bermula apabila mangsa sering berdepan dengan keganasan fizikal dan tekanan daripada ibunya.
Pada mulanya ia berlaku pada tahun 2017 semasa mangsa masih berumur 13 tahun. Ketika itu dia sering dipukul oleh ibunya, manakala bapa saudaranya sering membela.
Pada Disember 2017, bapa saudaranya telah mengajak mangsa menonton video lucah. Dari situ, dia melakukan tindakan seperti di dalam video tersebut dengan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.
Mangsa yang masih remaja ketika itu bagaimanapun tidak dapat mengambil sebarang tindakan malah risau akan dipukul jika mengadu kepada ibunya.
Tidak terhenti di situ, pada 2019 kejadian yang sama berulang apabila dia didakwa menjadi mangsa pelampias nafsu rakus bapa dan dua bapa saudaranya.
Suspek tiba-tiba masuk ke dalam bilik dan terus menuju ke arah mangsa, kemudian membuka seluarnya dan melakukan perbuatan keji tersebut.
Mangsa berusia 21 tahun itu sekali lagi mendedahkan perbuatan terkutuk tersebut kepada ibunya, namun mendapat respon yang mengecewakan.
Mangsa pernah mengadu kepada ibunya mengenai kejadian itu, tetapi ibunya hanya berkata tidak mengapa, yang penting tidak hamil.
Menurut Jurung, mangsa mengalami kemurungan yang teruk selain trauma yang serius akibat perbuatan tersebut yang dilakukan terhadapnya sejak remaja lagi.
Difahamkan perbuatan keji itu dilaporkan kali terakhir berlaku pada Januari lalu.
Kami daripada pasukan bantuan undang-undang telah memindahkan mangsa dari rumahnya kerana dia berada pada tahap kemurungan yang teruk.
Dia kerap melakukan percubaan bunuh diri bermula daripada meminum cecair pembersih kaca sehinggalah melukai tangannya dengan serpihan kaca akibat tekanan trauma yang dialaminya.
Kami juga telah mendampingi mangsa untuk membuat laporan polis.
Sumber: Mitrapos.com
The post Wanita Didakwa Jadi Mangsa R*gol Bapa & Dua Bapa Saudara Sejak Usia 13 Tahun, Ibu Hanya Respon – ‘Yang Penting Tak Hamil’ first appeared on OHBULAN!.





