24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perancis negara EU pertama larang kanak-kanak bawah 15 tahun guna media sosial

    Shopee Sale

    Perancis pada Selasa menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang melarang kanak-kanak berusia bawah 15 tahun menggunakan media sosial selepas rang undang-undang berkaitan diluluskan Parlimen, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Le Monde.

    Rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua dewan Parlimen, dengan 243 undi menyokong berbanding dua menentang di Senat, manakala Dewan Rendah Parlimen meluluskannya dengan 279 undi menyokong dan 81 menentang.

    “Perancis menerajui usaha di Eropah dengan menjadi negara pertama menetapkan had umur minimum digital bagi melindungi kanak-kanak dengan lebih baik ketika berada dalam talian,” kata Menteri Hal Ehwal Digital Anne Le Henanff kepada anggota Senat sejurus sebelum pengundian, menurut laporan itu.

    MENARIK:  Tiada keperluan wujudkan akta antidiskriminisi kaum - menteri perpaduan

    Undang-undang berkenaan dijadual dikuat kuasa pada awal sesi persekolahan September bagi akaun media sosial baharu, manakala pelaksanaannya terhadap akaun sedia ada akan bermula pada awal Januari.

    Undang-undang itu turut memperluas larangan penggunaan telefon bimbit ke sekolah menengah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah