29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Madrasah di Kelantan jadi tempat pengubahan wang haram, ajaran sesat

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan terdapat maklumat awal berkemungkinan madrasah-madrasah tidak berdaftar di Kelantan digunakan sebagai tempat pengubahan wang haram.

    Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata hasil risikan pihaknya mendapati separuh daripada madrasah di negeri berkenaan tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

    Beliau berkata polis sedang memantau beberapa madrasah, pondok dan pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan MAIK bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan dana dan penyebaran ajaran sesat.

    “Pemantauan ini dilaksanakan bagi memastikan tiada aktiviti mencurigakan termasuk penyalahgunaan derma atau ‘saham akhirat’ yang berpotensi menjadi kegiatan pengubahan wang haram.

    “Kami bimbang ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama pusat pengajian agama bagi meraih derma jutaan ringgit dengan alasan untuk pembangunan atau kegiatan kebajikan, sedangkan ia mungkin disalah guna,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

    Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat berhubung segelintir individu dari dalam dan luar Kelantan yang sanggup membayar RM2 juta dan melabur kepada individu tertentu yang mendakwa mempunyai ‘keistimewaan’ atau berstatus wali bagi tujuan memperoleh keberkatan dan kesejahteraan.

    “Ada yang melabur sehingga berjuta-juta berkemungkinan terpengaruh dengan penggunaan kata-kata sehingga menjadi taksub.

    MENARIK:  Naik taraf jalan tanpa tunggu orang besar nahas, kata ulama Umno

    “Situasi ini seperti ‘Ayah Pin’ yang baru dan kami mendapati ada kanak-kanak jadi taksub sehingga tidak mahu pulang ke rumah walaupun dijemput ibu bapa,” katanya.

    Beliau berkata polis bekerjasama rapat dengan MAIK serta pihak berkuasa agama negeri bagi mengenal pasti madrasah yang tidak berdaftar dan memantau sebarang unsur penyelewengan atau ajaran menyimpang.

    “Saya ingin menasihatkan orang ramai agar menyemak latar belakang institusi agama sebelum menyalurkan derma atau sumbangan.

    “Pastikan pusat pengajian berdaftar dengan MAIK dan guru-gurunya mempunyai tauliah yang sah. Kami tidak mahu masyarakat tertipu dengan individu yang menyalahgunakan kedudukan atau gelaran untuk kepentingan peribadi,” katanya.

    Beliau turut menegaskan tindakan tegas akan diambil sekiranya wujud bukti jelas mengenai pengumpulan dana secara haram, ajaran sesat atau aktiviti penipuan berasaskan agama di negeri ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah