28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mabuk, langgar maut: Lelaki dipenjara 10 tahun, denda RM70,000

    Shopee Sale

    Seorang penyelia syarikat hiasan dalaman dihukum penjara 10 tahun dan denda RM70,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian, tiga tahun lalu.

    Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Han Wee, 45, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung selama 10 tahun bermula selepas selesai menjalani hukuman penjara.

    Tertuduh didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang petugas Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Abdul Rahim Mohamad, 53, di Jalan Klebang di sini, sekitar 12.45 tengah malam pada 29 Nov 2021.

    Peguam Alhirzan Mohd Akhir yang mewakili tertuduh memohon agar hukuman penjara ke atas anak guamnya ditangguhkan kerana kecederaan pada tulang pinggul akibat kemalangan tersebut memerlukan rawatan lanjut di hospital pakar.

    Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sherina Farhana Nor Sa'ari membantah dengan alasan tertuduh memandu dalam keadaan sedar sebelum mengambil minuman keras hingga menyebabkan kemalangan berlaku di samping masih boleh menerima rawatan di penjara.

    MENARIK:  PM tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen, enjin lebih senyap

    Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan hukuman penjara dengan syarat iaitu notis rayuan perlu dikemukakan secepat mungkin dengan jumlah jaminan dinaikkan daripada RM12,000 kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.

    Tertuduh juga diarahkan membayar denda RM70,000 terlebih dahulu dan sekiranya gagal dipenjara 12 bulan.

    Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun denda RM100,000 serta hilang kelayakan memandu selama 10 tahun jika sabit kesalahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah