27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki didakwa bunuh kanak-kanak usia tiga tahun

    Shopee Sale

    Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di Kuching hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong dekat sini, awal bulan ini.

    Mohammad Shukri Ryan, 32, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Dia didakwa membunuh Nurzahieyka Zainuddin di sebuah rumah di Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah kira-kira 7.45 malam, 7 Okt lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Punca rekahan di Buloh Kasap belum dipastikan ada kaitan gempa bumi

    Nursyaheeqa Nazwa menetapkan 21 Nov depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bezah siasat.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng manakala Mohammad Shukri tidak diwakili peguam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah