28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih banyak pasukan AS menuju ke Asia Barat: Laporan

    Shopee Sale

    Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) masih bergerak ke Asia Barat sekiranya operasi diperlukan, ketika wakil Amerika dan Iran bersiap sedia untuk rundingan di Pakistan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan The Wall Street Journal pada Jumaat.

    Data penjejakan penerbangan terkini dan seorang pegawai AS menunjukkan bahawa jet pejuang dan pesawat serangan telah pun tiba di rantau itu.

    Pegawai itu berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota daripada Divisyen Udara Ke-82 Tentera Darat mungkin tiba dalam tempoh beberapa hari.

    Pada masa sama, ribuan anggota tentera laut dan Marin juga sedang menuju ke rantau tersebut.

    MENARIK:  Wakil rakyat tunggal Gerakan dicabar tarik balik sokongan pada Sanusi

    Seorang pegawai Tentera Laut berkata USS George H.W. Bush dan kapal pengiringnya telah berlepas dari negeri Virginia menuju Asia Barat pada akhir Mac dan kini berada di Lautan Atlantik.

    Pegawai Tentera Laut lain berkata USS Boxer dan kapal peranang pengiring yang membawa Unit Ekspedisi Marin Ke-11 berlepas dari California pada pertengahan Mac dan kini berada di Lautan Pasifik.

    Kapal-kapal itu dijangka mengambil masa lebih seminggu untuk tiba.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah