27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini

    Shopee Sale

    Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata laporan itu akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MOT).

    "Ia adalah laporan daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan akan dimuat naik dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan secara rasmi pada 3 petang nanti," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) Seremban di Terminal Bas Kuala Klawang di sini hari ini.

    Laporan awal kemalangan pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT telah dikeluarkan pada 15 Sept tahun lepas.

    MENARIK:  Mat Hasan sampaikan kenyataan negara di UNGA pada Sabtu

    Dalam kejadian itu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang mengorbankan 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan, serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah