29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lapan lelaki bergaduh di Bazar Ramadan Tawau ditahan

    Shopee Sale

    Polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga asing yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Bazar Ramadan Sabindo, di Tawau petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata kesemua yang berusia antara 17 hingga 34 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Tawau selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian pada 8.37 malam tadi.

    "Polis turut merampas satu rantai motosikal yang disyaki digunakan dalam pergaduhan itu.

    "Siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan rasa tidak puas hati antara dua kumpulan, namun siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Naik OPR salah, turun pun salah — PAS parti serba salah, kata Mahfuz

    Beliau berkata kesemua lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

    Semalam, tular dua video pergaduhan membabitkan beberapa lelaki di tapak bazar Sabindo berdurasi 17 dan 20 saat, yang mengundang rasa kurang senang warganet dengan menasihatkan agar perkara sedemikian tidak dilakukan di kawasan kunjungan keluarga serta dalam Ramadan yang mulia ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah