29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tei tuntut penjelasan dan ancam saman Fahmi, MCMC, TikTok

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan kontroversi Albert Tei menuntut penjelasan kerajaan dan syarikat TikTok di Malaysia berhubung sekatan ‘geo-blocking’ terhadap akaun serta siaran di media sosialnya.

    Tuntutan tersebut dikemukakan melalui firma guaman Mahajoth Singh & Zaid Malek menerusi dua surat tuntutan berasingan bertarikh hari ini.

    Melalui surat kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan MCMC, Albert meminta penjelasan mengenai penyingkiran video daripada akaun Facebook miliknya bertajuk "Alamak! Fahmi selaku menteri komunikasi lari ikut pintu belakang" pada 6 Jun lalu.

    Menurut peguamnya, Zaid Malek, sekatan terhadap akaun TikTok pertama Albert (@reformati_studio_albert2) dikesan pada 6 Jun, sebelum dua lagi akaunnya (@reformati_studio_albert3 dan @albertteireformati_chi) turut menerima sekatan sama pada 10 Jun.

    Katanya, sekaran itu mencabul hak kebebasan bersuaranya sebagai rakyat Malaysia  sebagai hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan.

    Satu lagi surat dikeluarkan kepada ByteDance System Sdn Bhd, pengendali TikTok di Malaysia.

    Albert menegaskan dia tidak menerima sebarang notis, amaran atau penjelasan daripada pihak ByteDance, selain mempertahankan kandungan yang dimuat naik tidak melanggar terma perkhidmatan atau garis panduan komuniti platform tersebut.

    MENARIK:  22 pelajar sakit perut, muntah-muntah lepas sarapan di resort

    Ketiga-tiga pihak diberi tempoh selama tujuh hari dari tarikh surat bagi mengemukakan penjelasan berhubung tindakan sekatan berkenaan.

    Sekiranya gagal, pihak peguam mempunyai arahan tegas untuk memulakan tindakan undang-undang dan menuntut remedi sewajarnya di mahkamah tanpa sebarang rujukan lanjut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah