27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lantik juruaudit luar syarat baru konsesi selenggara jalan raya

    Shopee Sale

    Pelantikan juruaudit luar antara syarat baharu yang akan dikenakan kepada syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya bagi memastikan mutu kerja serta pengurusan kewangan yang lebih telus dan berintegriti, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

    Beliau berkata sebelum ini, terma dan syarat konsesi tidak menyediakan mekanisme pemantauan bebas, sebaliknya bergantung kepada pemantauan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi sendiri.

    “Dengan syarat baharu ini, kita tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada laporan dalaman seperti sebelum ini. Ini merupakan penambahbaikan penting bagi memastikan kualiti jalan raya benar-benar menepati piawaian selepas kerja-kerja pembaikan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di Pontian, Johor.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah dan Penyerahan Projek Siap Jambatan Sungai Pontian Kecil bernilai RM23.12 juta hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan serta Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Seri Roslan Ismail.

    Nanta berkata tempoh interim selama satu tahun diberikan bagi membolehkan proses pengundian dan pelantikan syarikat konsesi baharu dilaksanakan secara menyeluruh, namun kerajaan mengamalkan prinsip sense of urgency untuk mempercepatkan pelaksanaan syarat berkenaan.

    MENARIK:  PN tak boleh ada dua majlis pimpinan - Muhyiddin

    Sementara itu, beliau berkata Projek Menaik Taraf dan Pelebaran Jambatan Pontian Besar (FT005) yang akan dilaksanakan dalam tempoh 36 bulan bermula 13 Jan lepas dijadualkan siap pada Januari 2029 dengan kos keseluruhan RM38.04 juta.

    Projek berkenaan merangkumi kerja pelebaran jambatan daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala serta menaik taraf persimpangan sedia ada dengan pelaksanaannya dijangka dapat melancarkan aliran trafik selain meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

    Dalam majlis sama, turut diserahkan Projek Menggantikan Jambatan FT005/053/50 Sungai Pontian Kecil yang telah siap sepenuhnya.

    Projek itu merupakan antara inisiatif di bawah Program Penggantian Jambatan Melibatkan Axle Load Sempit dan Uzur di Johor menerusi Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-11 (RP4, RMKe-11) dengan kos RM23.13 juta.

    Projek itu dilaksanakan secara konvensional dalaman oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, bermula 31 Jan 2022 dan disiapkan sepenuhnya pada 25 Jan 2026.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah