27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    LANGSUNG | PRK Nenggiri bermula hari ini

    Shopee Sale

    Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri bermula hari ini dengan penamaan calon dibuat di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang.

    Setiap parti atau individu yang ingin bertanding diberi tempoh satu jam, bermula jam sembilan pagi, untuk menghantar borang pencalonan, sebelum nama mereka disahkan dan diumumkan sebagai calon oleh SPR.

    Sejumlah 579 anggota polis Kelantan dikerahkan bagi memastikan proses berjalan lanjar.

    Menurut laman Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, cuaca dijangka cerah di sebelah pagi namun hujan lebat diramal berlaku tengah hari.

    SPR menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, dengan tempoh 14 hari kempen.

    Setakat ini, BN menamakan Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, sebagai calon mewakili kerajaan perpaduan. PN pula menamakan bekas anggota TLDM Mohd Rizwadi Ismail, 41, sebagai calon mereka.

    PRK DUN Nenggiri diadakan selepas Yang di-Pertua DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi itu kosong, selepas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim dipecat daripada Bersatu.

    MENARIK:  Apa kata cuba saya sebagai ketua menteri - Bung Moktar

    Menurut daftar pengundi, sejumlah 20,259 pengundi layak untuk mengundi dalam PRK ini - merangkumi 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

    DUN Nenggiri diwujudkan sejak PRU11 pada 2004, dengan BN menang sebanyak empat kali.

    Pada PRN tahun lalu, Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.

    Ini merupakan PRK kesembilan sejak PRU lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah