30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lagi 30 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan

    Shopee Sale

    Kira-kira 30 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bokara, Kampung Karamunting, di Sandakan awal pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di kampung itu pada 3.16 pagi sebelum 21 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

    "Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan tiga aliran air termasuk sumber daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran," katanya dalam kenyataan di Sandakan hari ini.

    Jimmy berkata kebakaran itu dianggarkan membabitkan kawasan seluas 1.4 hektar dan api berjaya dikawal pada 4.29 pagi, sekali gus menyelamatkan 100 rumah lain di kampung berkenaan.

    Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.01 pagi setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian.

    MENARIK:  ULASAN | Muhyiddin kini tersepit akibat percaturan sendiri

    “Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

    Insiden itu merupakan yang kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan di Sandakan, selepas tragedi kebakaran rumah air di Kampung Bahagia di sini pada 19 April lepas yang menyebabkan 1,000 rumah musnah dan lebih 9,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah