29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kuota percuma 5GB untuk pengguna telco sempena Aidilfitri

    Shopee Sale

    Kerajaan Madani melalui Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan pemberian insentif rebat Rahmah kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warga Malaysia pada hari pertama Aidilfitri.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata pemberian insentif itu berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB untuk pengguna prabayar dan pascabayar.

    Katanya tambahan kuota data itu sah bagi tempoh minimum 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.

    MENARIK:  Tak munasabah Padu kumpul maklumat peribadu terperinci - premier

    “Usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat kerajaan Madani yang menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat.

    “… (Ia) di samping mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Aidilfitri,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya hari ini.

    Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat adalah CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah