Tidak munasabah Pangkalan Data Utama (Padu) mengumpul maklumat peribadi terlalu terperinci sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg
Katanya, perlu ada had bawah Akta Perlindungan Data Peribadi untuk melindungi maklumat peribadi rakyat, selaras dengan peruntukan perlembagaan terutamanya dari segi kebebasan.
“Anda mempunyai hak untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi anda.
"Tapi sekiranya ia berkaitan dengan pendapatan dan juga keadaan ekonomi, sudah tentu data itu lebih relevan,” dia dipetik sebagai berkata oleh Utusan Borneo Online.





