29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Krisis Iran-Israel: PAS mahu M’sia lebih tegas selaku Pengerusi Asean

    Shopee Sale

    PAS mendesak Malaysia menggunakan kedudukan negara sebagai Pengerusi Asean untuk bertindak dengan lebih tegas ekoran serangan Tel Aviv ke atas Iran beberapa hari lalu.

    Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata serangan Tel Aviv ke atas Iran itu bukan saja boleh memburukkan lagi ketegangan yang sedia ada di Timur Tengah, malah mendedahkan niat sebenar Israel mahu menggagalkan sebarang usaha mencari penyelesaian diplomatik di rantau bergolak tersebut.

    Berdasarkan rentetan peristiwa dan tindakan Israel di rantau tersebut yang kian agresif sejak 7 Okt 2023, katanya, jelaslah rejim itu sebenarnya mahu menghapuskan semua pesaing mereka.

    “Iran menjadi sasaran terbesar setelah pencabar-pencabar lain dilumpuhkan sebelum ini.

    “Langkah itu termasuklah melalui operasi pembunuhan tokoh dan individu penting negara pesaing – sama ada tentera atau bukan tentera – yang dilihat boleh menjadi ancaman kepada Israel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Tak perlu usul calon PM pada muktamar PAS - Tuan Ibrahim

    Tambah Takiyuddin, PAS percaya semua pihak yang mencintai keamanan dan penyelesaian damai kepada konflik itu perlu mengutuk keras serangan terbaru dan tindakan ganas Israel yang menyalahi undang-undang serta konsensus antarabangsa.

    Tindakan rejim berkenaan, katanya, akan mengheret seluruh dunia ke dalam konflik lebih besar dan lebih meluas.

    “Dalam hal ini PAS percaya Putrajaya harus tampil dengan kenyataan tegas dan jelas berhubung perkembangan semasa, sekali gus memanfaatkan kedudukan negara selaku Pengerusi Asean.

    “Langkah yang perlu diambil bukan saja menggembleng dan menjuarai suara serta komitmen negara anggota ke arah penyuraian konflik, tetapi memainkan perananan lebih besar dan berkesan di pentas dunia.

    “Antaranya melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Negaran Komanwel bagi mencapai matlamat yang sama,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah