31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amanah tawar khidmat guaman percuma pada penerima LOD Asyraf

    Shopee Sale

    Pemuda Amanah menawarkan khidmat guaman secara percuma atau pro bono kepada mana-mana individu yang menerima surat tuntutan (LOD) daripada Setiausaha Agung Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

    Dua Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda dan Azri Abdullah berkata, tindakan bekas timbalan menteri agama itu menghantar LOD kepada orang perseorangan berkaitan isu berkenaan dilihat sebagai keterlaluan.

    "Sebagai mantan timbalan menteri dan seorang ahli politik senior, Datuk Dr Asyraf seharusnya faham bahawa isu Tabung Haji ini merupakan satu isu terkait kepentingan awam khususnya orang Melayu Islam yang mana beliau merupakan orang nombor dua mengikut hirerarki kementerian yang bertanggungjawab ke atas Tabung umat Islam tersebut,” tegas mereka.

    Pada 14 Ogos lalu, Asyraf mengarahkan peguamnya untuk menyerahkan LOD bagi memulakan saman sebanyak RM5 juta kepada pemilik-pemilik akaun berhubung hantaran berunsur fitnah dan mengaibkan berkaitan isu Tabung Haji.

    MENARIK:  Sanusi hantar surat saman kepada pengarah pilihan raya PKR Selangor

    Menurutnya tindakan tersebut dibuat bukan kerana wang tetapi untuk membuktikan kebenaran di mahkamah.

    "Ia berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan mencemarkan maruah saya melalui penyebaran dakwaan yang tidak benar," katanya menerusi hantaran Facebook.

    Bagaimanapun Fadli dan Azri mendakwa tindakan menghantar LOD berkenaan seolah-olah menunjukkan pemimpin Umno itu takut dengan sebarang komen dan kebimbangan yang disuarakan rakyat.

    “Sepatutnya tindakan Dr Asyraf ialah menjawab segala kritikan dengan jelas, tuntas dan berhemah,” tambah mereka.

    Sehubungan itu, mereka menawarkan khidmat guaman pro bono khususnya kepada penerima LOD yang hanya meminta maklum balas daripada Asyraf atas kapasitinya sebagai bekas timbalan menteri agama.

    “Kami ambil maklum bahawa ramai yang menerima LOD ini adalah rakyat marhaen dan bukan elit politik yang mampu mempertahankan diri mereka di mahkamah kelak,” kata mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah